99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

AS Didesak Tarik Balik Peluru Berpandu Jarak Sederhana dari Filipina

(CRI)Khamis 01 Ogos 2024

Amerika Syarikat (AS) didesak mengambil kira seruan pelbagai negara di rantau ini, menghentikan tindakan yang salah, dan melaksanakan komitmen yang dibuatnya secara terbuka sebelum ini dengan secepat mungkin menarik balik sistem peluru berpandu jarak sederhana dari Filipina.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media Rabu susulan perkara penempatan peluru berpandu AS di Filipina.

Dimaklumkan, Menteri Luar Filipina, Enrique A. Manalo mendedahkan selepas pertemuan dengan rakan sejawatnya dari AS bahawa Washington menempatkan peluru berpandu jarak sederhana bertujuan untuk memperkasa pertahanan Filipina tanpa sebarang motif untuk menyerang, dan tidak akan mendatangkan perlumbaan senjata.

Lin menegaskan, Filipina mengizinkan penempatan peluru berpandu AS sama dengan bersekongkol dengan kuasa luaran meruncingkan konfrontasi serantau, menghasut pertentangan geopolitik dan perlumbaan senjata. Yang diperlukan rantau ini adalah kedamaian dan kemakmuran, dan bukan peluru berpandu serta konfrontasi.

Video

Berita Berkaitan